ALAMAK!!

Cukup mencuit hati, dan cukup menjijikkan. Perjalanan aku untuk mengambil anak di Sekolah memberi aku ilham untuk menulis lagi dalam arena ini. Diharap para pembaca blog ini tidak melakukan perkara yang demikian, kerana amat menjengkelkan siapa yang memandang. Antara perkara yang sempat aku jadikan ilham untuk pagi ini :-


1.  Janganlah mengorek hidung ketika parking kereta

2.  Menaiki kereta yang mewah belum tentu pemikirannya bijak

3.  Orang boleh nilai akhlak kita, bila memandang

4.  Fikirlah pergerakkan anda sentiasa diperhatikan.


Itulah, awasilah diri anda sendiri. Jaga-jaga ada mata yang memerhati anda.

MOMENTUM KEHIDUPAN

   Teja menulis adalah sekadar untuk memenuhi masa terluang, apabila ada idea bolehlah menconteng untuk garapan pembaca blog. Tahun 2015, rasanya nak ubah sikitlah cara penulisan, tukar kepada kata-kata cinta. Jom jeling baca....

 

  •   Cinta umpama lilin, tetap akan cair 

  •   Kekuatan Cinta terletak pada Jiwa yang Kental

  •   Cinta akan menjadi benci, bila sang pujangga berubah hati

  •   Kukuhnya sebuah ikatan Cinta, Adanya keikhlasan hati

  •  Membina sebuah ikatan memakan masa

     

   Cinta hadir tidak mengira usia, sebab itulah jodoh kita bukanlah jalan penamat kehidupan. Setelah kita mati 3 perkara sahaja yang kita bawa.

 

1.  Anak yang soleh (mendoakan kepada ibu/bapanya)

2. Jariah (Segala bentuk sedekah ketika masih hidup)

3. Ilmu bermanfaat (Ilmu berkaitan agama yg disampaikan)

 

Oleh yang demikian, ketika kita mati tidak pula menyebutnya Isteri yang solehah/Suami yang soleh. Secara jeneralnya perkhawinan kita bukanlah kekal ke akhir hayat, dan sebab itulah cinta itu boleh hadir pada sesiapa sahaja. Sebagai manusia kita perlu akur dan tidak riak dengan apa yang kita memiliki. Bersederhanalah secara islam.

AYAT-AYAT MEMUKAU RINDU



Tertarik penulis dengan ayat-ayat yang ada di garisan manusia sekeliling. Semoga ianya dapat dijadikan kata-kata semangat, perangsang minda atau sebaliknya. Antara kata-kata yang menjadi tarikan penulis :-


1.   Kalau yang Jahat Lelaki, Kenapa dalam Al-Quran tertulis 
      Perempuan paling ramai menjadi penghuni Neraka.

2.  Dunia ni, kena letak ditangan, supaya senang ditadbir... jangan   
     letak dihati, kelak jatuh cinta nanti.

3.  Jika hatimu dan hatiku berdoa untuk satu sama lain, disitu 
     selayaknya hati kita bertemu dan bertamu.

4.   ADAM dan HAWA mereka pernah terpisah lama, akhirnya mereka bertemu kembali 
      kerana apa? kerana dengan izin Allah S.W.T, ada jodoh tak kemana..

5.   Bukan mudah untuk membuat satu keputusan, Satu keputusan akan membuatkan   
      ramai insan lain terluka.

6.  Cinta tidak pernah kenal usia, Namun adakah Cinta itu perlu
      hadir sampai mati?

7.   Manusia pandai berkata-kata, namun benarkah kata-kata itu?

8.   Sampai mati kita akan merindui seseorang, namun benarkah 
       kerinduan itu wujud pada dirinya? 

9.   Cinta perlukan pengorbanan, Wajarkah pengorbanan itu dibuat
      kepada orang yang tidak menghargai cinta?

10.  Sebijak manapun wanita, dia tetap lemah bila berada dalam dakapan lelaki

11.  Jangan di jolok sarang tebuan kelak diri akan merana 
       tapi  bakarlah terus sarang tebuan kelak diri akan gembira.

KASIH TERLERAI


Lagu ini dicipta untuk sahabatku : Asyraf Qayyum




"Qayyum Suatu hari nanti kau pasti akan kembali mendapatkan seseorang yang mampu memiliki hatimu, aku tahu, kau adalah lelaki yang baik. 

Kata-kata Farisha cuba membangkitkan kembali semangat Qayyum untuk meneruskan kehidupan.

"Risha, aku malu pada nasib diri aku, tapi aku cuba untuk bangun tanpa menoleh kebelakang". Qayyum meluahkan pekung yang cuba ditahan selama ini.

"Ah! Qayyum, cuba kau lihat kehadapan, tak semua yang kau lalui ini terlalu perit, kau kena kuat, sebab kau seorang lelaki, tak seperti aku Qayyum. Aku seorang perempuan yang telah ku akur lemah, tapi aku perlu kuat untuk teruskan kehidupan.

"Risha kau lain, kau dah berkahwin tak macam aku yang hidup berseorangan tanpa isteri ku lagi dan aku tidak ada zuriat sebagai penyambung hidupku". Qayyum seakan mengeluh nasib diri.

Qayyum seolah-olah masih berada dalam fasa kesedihan biarpun sudah 5 tahun melalui perpisahan dengan isterinya, dia tetap lemah dan semangatnya seakan-akan terhakis sepertimana pantai dihempap badai. Biarpun dia cuba melontarkan fikiran ke sudut lain, ingatan itu tetap bersemadi dihati.

"Qayyum, aku tak pandai nak beri nasihat kepada kau, cuma aku nak kau lebih tabah dengan melihat kehidupan orang yang lebih naif dari kau. Sebab kau baiklah Allah s.w.t uji kau bergini. Allah lebih tahu, bukan kita yang boleh meletakkan kebahagian untuk selamanya. 

"Sudah! sudahlah bersedih tu Qayyum kau ni, tak comey kalau asyik sedih macam ni. Kau ingat aku boleh tengok ke muka kau yang asyik monyok jer. Biarpun kau senyum tapi kau macam paksa diri, aku tengok."

"Aku bukannnya apa Risha, aku nak cari peganti tapi kenangan itu tetap datang membuatkan aku tak berani untuk mengolah hidup aku untuk fasa seterusnya".

"Kau ni Qayyum, kalau ada peganti kau leh nilai hati budinya. Tak perlulah nak takut pada sejarah yang lama, kalau hati dah rasa berkenan, buat solat tahajud minta pertunjuk dariNya.

"Risha kau ni ada-ada ajer yang tahu pasal aku, itu yang aku tak leh lupa kat kau ni, kau sentiasa buat hatiku tersenyum keseorangan tau"

"Kita dah lama kawan Qayyum, kau kentut pun aku dah tahu bau dia". Risha mula menyakat Qayyum yang tersipu-sipu senyum menampakkan lesung pipit di pipi kirinya.

"Jom Qayyum kita turun makan dah pukul 4.00 petang, aku tahulah kau tu diet jaga badan lah katakan, emm pepagi makan Herbalife...., maaflah usik kau hari ni. Apapun kau tetap comey....."