MOMENTUM KEHIDUPAN
Teja menulis adalah sekadar untuk memenuhi masa terluang, apabila ada idea bolehlah menconteng untuk garapan pembaca blog. Tahun 2015, rasanya nak ubah sikitlah cara penulisan, tukar kepada kata-kata cinta. Jom jeling baca....
Cinta umpama lilin, tetap akan cair
Kekuatan Cinta terletak pada Jiwa yang Kental
Cinta akan menjadi benci, bila sang pujangga berubah hati
Kukuhnya sebuah ikatan Cinta, Adanya keikhlasan hati
Membina sebuah ikatan memakan masa
Cinta hadir tidak mengira usia, sebab itulah jodoh kita bukanlah jalan penamat kehidupan. Setelah kita mati 3 perkara sahaja yang kita bawa.
1. Anak yang soleh (mendoakan kepada ibu/bapanya)
2. Jariah (Segala bentuk sedekah ketika masih hidup)
3. Ilmu bermanfaat (Ilmu berkaitan agama yg disampaikan)
Oleh yang demikian, ketika kita mati tidak pula menyebutnya Isteri yang solehah/Suami yang soleh. Secara jeneralnya perkhawinan kita bukanlah kekal ke akhir hayat, dan sebab itulah cinta itu boleh hadir pada sesiapa sahaja. Sebagai manusia kita perlu akur dan tidak riak dengan apa yang kita memiliki. Bersederhanalah secara islam.