ALAMAK!!

Cukup mencuit hati, dan cukup menjijikkan. Perjalanan aku untuk mengambil anak di Sekolah memberi aku ilham untuk menulis lagi dalam arena ini. Diharap para pembaca blog ini tidak melakukan perkara yang demikian, kerana amat menjengkelkan siapa yang memandang. Antara perkara yang sempat aku jadikan ilham untuk pagi ini :-


1.  Janganlah mengorek hidung ketika parking kereta

2.  Menaiki kereta yang mewah belum tentu pemikirannya bijak

3.  Orang boleh nilai akhlak kita, bila memandang

4.  Fikirlah pergerakkan anda sentiasa diperhatikan.


Itulah, awasilah diri anda sendiri. Jaga-jaga ada mata yang memerhati anda.