Emmm....rasa ingin mengeluh seketika. Letih pulak dengan tempat kerja baru, Alangkah indahnya dapat pergi bercuti. Ramai kekawan cadangkan Acheh sebagai pilihan untuk percutian. Kata mereka di sana boleh buat kita merasai nilai keakraban sesama islam, sentiasa mengambil berat setelah berlakunya tsunami.
Sudah lama tak ada idea untuk menulis, tapi semalam dikejutkan oleh suatu cerita. Tetiba hp aku dimasuki oleh sms.
"Kakak tahu tak satu cerita? Tapi ini rahsia kita tau, Adik nak beritahu akak, tapi akak kena janji...." Pelik benar sms dari budak ni, gertus hatiku."
"Yelah, kalau tak nak beritahu akak pun tak apa, akak tak suka nak tahu rahsia orang.Ikut suka adiklah ye". Itulah sms yang aku balas.
"Hai, wanita, hai perempuan...aku mula mengeluh tak habis-habis ada aje cerita antara kita. Macam-macam hal lah...keluh hatiku ". Hp aku terus berbunyi dengan sms dari orang yang sama.
"Alos kak ni...adik nak cerita ni..adik nak bertunang dengan Shahir dalam kem kita tu, tapi kak tahu tak? Nadia yang jadi janda tu nak juga kat dia, lelaki tu berItahu adik, Nadia luahkan perasaan dia pada Shahir.
"Panjang benar sms kali ni.....aku mengeluh lagi".
"Adik jangan terus melatah, pasti ada sebab Nadia menyukai lelaki itu. Tepuk sebelah tangan tak bunyi, jangan terlalu salahkan dia. Pasti dia pilih anak dara dari janda. Apapun akak tetap doakan adik bahagia.
Termenung aku seketika, macam ikan temenung (kat utara ikan kembung dipanggil ikan temenung). Aku mula menulis serangkap puisi untuk adikku yang ku panggil Yana.
Kerana Lelaki Itu
Keakraban semakin terpisah
Kerana Lelaki Itu
Perempuan akan bergaduh,
Kerana Lelaki Itu
Perempuan akan bermusuh.
Kerana Lelaki Itu
Perempuan hidup sengsara
"Jelak tak kita mendengar puisi ini? Tapi aku rasa hairan dan kagum kerana ia adalah fitrah manusia.Inilah yang berlaku pada ketika ini "KERANA LELAKI ITU".
Kalau hendak bercerita tentang "Kerana Lelaki itu" rasanya satu hari satu malam tak habis. Sekadar renungan bersama memadailah agar kita tahu akan erti persahabatan bukan sebagai musuh dalam kehidupan yang bersifat sementara dan ingatlah kerana lelaki itu pasti ada wujud jurang yang berbeza dalam erti sahabat. Sebagai pengarap cerita aku tidak mahu adikku terlalu berbangga dapat memiliki lelaki itu, kerana semua ini adalah bersifat seketika.
Jadilah seorang wanita yang faham akan perasaan wanita lain. Aku tertarik dengan senikata lagu "Wanita" nyanyian dari siti Nurhaliza. Kalaulah wanita faham maksud lagu ini, aku rasa mereka tak akan salahkan wanita lain.