
"Kamu tahu, kahwin ni menyusahkan tau, baik duduk seseorang macam ni, tak ada saper nak kacau kita. Kalau kita kahwin, orang pompuan ni, dia banyak kerenah. "Aku cuma tersenyum, mungkin dia ingin meluahkan apa yang dia rasa,biarlah dia nak berkata-kata.
Bermulalah ayat itulah menyebabkan mindaku seperti mengumpulkan sesuatu dan berminat untuk menulis tentangnya. Dia tidak tahu aku ini merupakan seorang penulis tak bertauliah.
Hari itu, aku ditugaskan untuk sama-sama mengatur dewan, masa inilah aku baru tahu dia siapa sebenarnya. Oh begini rupanya sikap dia, hatiku mula mengomel seseorang. Seseorang yang ada kesenian, pandai menghias dewan, ada kesabaran dan apa yang ku lihat dia akan habiskan kerja dia mengikut arahan yang dikeluarkan kepadanya.
Akhirnya tanpa disangka dia menjalinkan cinta dengan seorang budak dari Platun 1, bukan main caring, daring, semuanya dapat dilihat. Inilah dinamakan kuasa cinta pada manusia, kita tidak mampu menipu hati sendiri. Allah s.w.t menjadikan setiap yang diciptanya ada pasangannya.
Semakin Hari duda yang ku gelar Mr Right menampakkan keceriaan, wajahnya yang dulu persis bab singa kini dah jinak seperti kucing dan sering mengusik hati perajurit seperti kami ada sahaja pembelanjarannya membuat kami ketawa.