Perjuangan ini tidak pernah selesai....
Perjuangan ini masih ditempuh
Perjuangan ini perlu diteruskan
Perjuangan ini pasti dihujung ada bahagia
Menempuhi suasana kententeraan adalah satu momentum yang amat indah. Bukan semua orang boleh menceburi bidang tersebut. Perlu tubuh badan yang sihat dengan mematuhi piawaian BMI indeks berat dan tinggi. Kerjaya kententeraan banyak mengajar aku erti sebuah penghidupan yang sebenar. Kenaikan pangkat adalah satu bonus dan dalam erti kata sebuah penghargaan atas penat jerih dalam perjuangan. Pangkat membezakan sedikit kasta antara peringkat biasa. Namun matlamat kita adalah sama iaitu satu perjuangan yang masih belum bernoktah.
Demi sebuah agama, bangsa dan Negara aku akan kerahkan keringatku atas perjuangan yang belum selesai.
Dihutan kita lupakan siapa diri kita, semangat setia kawan tak pernah lari dari landasan sentiasa mengambil berat antara satu sama lain, menjadikan kita semua adalah adik beradik yang amat rapat. Inilah yang aku belajar apabila bergelar seorang tentera.
Perjuangan aku masih belum selesai...................................... Hidup dan matiku kerana Bangsa dan Agamaku "BERANI MATI"