DHIA












Semalam Dhia datang tersenyum padaku
Katanya Dhia merinduiku
Semalam Hari terindah untukku
Dhia tersenyum memandangku

Semalam juga Dhia berterus terang denganku
Katanya Dhia tidak akan melupakanku
Aku tahu apa yang Dhia rasa
Aku tahu apa yang Dhia rindu

Ya Dhia rindukan aku
Ya Dhia sayangkan aku
Tapi Dhia perlu tahu antara kita terpisah tiada
Tapi Dhia perlu tahu sayang ini tetap pada Dhia

Berterus terang tentang Dhia amat memeritkan
Berterus terang tentang Dhia amat mengecewakan
Dhia tidak perlu Khuatir
Dhia tidak perlu resah
Kasih dan Rindu hanya untuk Dhia
Damailah Dhia untuk ketika ini

Suatu hari nanti masa akan bersama Dhia
Suatu hari nanti kita akan bahagia bersama
Semoga Dhia terus bersabar
Bersabar menyusuri perjalanan ini

Salam sayang untuk Dhia Karmila 

DHIA BERSAMAKU



BAHAGIA

Bahagia tidak akan datang kalau tidak dicari
Bahagia juga tidak akan datang kalau tidak dibina
Bahagia juga tidak akan datang kalau kita membenci
Bahagia Juga tidak akan datang kalau kita mengelak

Dimanakah Bahagia sebenarnya?
Setiap manusia perlukan Bahagia
Tapi dimanakan perlu ditemui Bahagia itu?


Sebenarnya Bahagia satu Anugerah Allah yang ada dalam hati Kita
Hati kita akan Bahagia sekiranya menemui seseorang yang menyayangi kita

Namun orang yang ditemui itu juga perlu ada perasaan sayang
Siapa yang memberi sayang pada seseorang?

Sekiranya tiada izin Allah perasaan sayang akan lenyap
Sebab itulah Bahagia adalah satu anugerah perasaan dari Allah
Pasti ada sebab ditemui insan yang mempunyai keserasian watak bersama
Bahagia menghidupkan suasana, membangkitkan perasaan yang mati

Bahagia juga aku masih bersamanya merasai sesuatu

Perasaan di hati……

CINTA TERLARANG

Tajuk kisah ini sudah cukup buat kalian bermain dengan imiginasi tersendiri. Kerana cinta manusia  akan mudah alpa, jangan mudah menasihati mereka yang telah jatuh cinta. Kali ini ku paparkan kisah “CINTA TERLARANG”.  Kisah yang diambil dari hidup mereka sendiri yang pernah mengalaminya. Cinta terlarang amat sukar untuk bersama, dan memang tidak boleh bersama, itu adalah hakikat dan sudah tertulis sebagai seorang islam kita tidak boleh menafikan perkara yang benar dah sahih. Namun kemana arah tujuan cinta terlarang ?


a.      Cinta sesama jantina
b.     Cinta saudara kandung
c.      Cinta Ipar Duai
d.      Cinta suami/Isteri Orang


Semua akan cakap ketidak adilan dalam maha pencipta memberi perasaan yang terindah itu pada mereka yang salah. Tetapi kalau kita tidak cuba menyelam hati mereka kita tidak akan tahu, apa yang mereka rasa itu. Perasaan sayang adalah anugerah dari Allah Cuma cara dan mungkin tiada pada orang lain yang secara hak menyambut sayang itu, akhirnya “CINTA TERLARANG” menjadi satu jalan cerita yang amat sukar untuk dipisahkah.


Kalian pernah dengar kisah Mek Zaimah ? Kisahnya bermula pada tahun 1998. Beliau merupakan seorang wanita, namun akibat ketaksuban cintanya beliau sanggup mengubah identiti semata-mata untuk cinta. Jadi tidak mustahil kerana cinta manusia sanggup jadi apa sahaja

FARISH ISKANDAR SHAH


Farish
Bukankah percintaan itu perlukan pengorbanan
Bukankah Percintaan itu perlu derita
Bukankah Percintaan itu perlu sengsara

Farish
Mana mungkin sayang itu boleh berubah
Mana mungkin sayang itu sekadar mimpi
Mana mungkin sayang itu catatan minda
Mana mungkin sayang itu ada peganti

Farish
Andainya masa boleh diubah
Andainya kenangan bersamamu dapat dilenyapkan
Akan ku biarkan ia berlalu
Akan ku biarkan ia sentiasa bersamamu

Farish
Jadikan kisah cinta ini satu pengajaran
Jadikan sayang ini satu lampiran hidup
Agar orang lain tidak menderita
Agar orang lain hidup bahagia