CINTA TERLARANG

Tajuk kisah ini sudah cukup buat kalian bermain dengan imiginasi tersendiri. Kerana cinta manusia  akan mudah alpa, jangan mudah menasihati mereka yang telah jatuh cinta. Kali ini ku paparkan kisah “CINTA TERLARANG”.  Kisah yang diambil dari hidup mereka sendiri yang pernah mengalaminya. Cinta terlarang amat sukar untuk bersama, dan memang tidak boleh bersama, itu adalah hakikat dan sudah tertulis sebagai seorang islam kita tidak boleh menafikan perkara yang benar dah sahih. Namun kemana arah tujuan cinta terlarang ?


a.      Cinta sesama jantina
b.     Cinta saudara kandung
c.      Cinta Ipar Duai
d.      Cinta suami/Isteri Orang


Semua akan cakap ketidak adilan dalam maha pencipta memberi perasaan yang terindah itu pada mereka yang salah. Tetapi kalau kita tidak cuba menyelam hati mereka kita tidak akan tahu, apa yang mereka rasa itu. Perasaan sayang adalah anugerah dari Allah Cuma cara dan mungkin tiada pada orang lain yang secara hak menyambut sayang itu, akhirnya “CINTA TERLARANG” menjadi satu jalan cerita yang amat sukar untuk dipisahkah.


Kalian pernah dengar kisah Mek Zaimah ? Kisahnya bermula pada tahun 1998. Beliau merupakan seorang wanita, namun akibat ketaksuban cintanya beliau sanggup mengubah identiti semata-mata untuk cinta. Jadi tidak mustahil kerana cinta manusia sanggup jadi apa sahaja