NIKMAT HIDUP


Hidup ini amat indah kalau kita ada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Semua kita ada prinsip hidup, mustahil kita boleh membawa diri sendiri tanpa ada kekuatan dalaman. Ada banyak perkara yang belum kita laksanakan.

Siapa kita? Dimana Kita Berada? 

Aku tertarik dengan cara perbualan seorang teman iaitu saudara Yasir mengatakan manusia ini ada banyak kategori. Aku bersetuju pendapatnya. 

Mana mungkin, kita boleh mengubah pemikiran setiap manusia. Cuma kita hanya mampu berdoa kawan, ataupun sahabat yang hadir dalam diri kita seorang yang jujur pada percakapan dan tiada terselindung sepertimana ada agenda tersendiri. 

Sepertimana aku, sangat terhibur dengan kaletah mereka tanpa ada rasa tersentuh dihati. Kita hidup bukanlah untuk menongkat langit, apa yang kita ada biarpun ilmu, rezeki sama-samalah kita berkongsi. Bagiku itu hanyalah harta dunia yang tak akan kekal. 

Suatu hari nanti, aku pasti akan mati. Aku berharap blog ini akan menjadi kenang-kenangan buat kawan-kawan yang mengenaliku. Kepada sahabat yang namanya ku paparkan, jadikan ia memori indah yang tak akan wujud lagi selepas ini.

Ya, aku sudah memiliki semuanya dan aku bersedia untuk Allah s.w.t menjemputku bila-bila masa sahaja. Momentum indah bersama kalian akan ku pahatkan didalam hidupku. Begitu juga dengan kenalanku adik Zira yang sentiasa ku pandang manis dihati. Aku mendoakan dia mendapat jodoh yang baik untuk melengkapi sebuah penghidupan 

Jadikan hidup ini satu peluang untuk mencari kebaikan, bukan natijah atau pertualang bahan cerita omongan kosong. Mustahil aku tidak menyebut jurulatih yang sentiasa memberi semangat dalam perjuangan Encik Hamizan dan Muazam yang tak pernah lokek dengan ilmu yang diberikan. Begitu juga Sarjan Ismail yang memeriahkan suasana kehidupan dengan senyuman dan gurauannya mampu buatkan diriku ketawa. Akhir sekali kepada kenalanku Fairus yang masih mencari akan titik noktah sebuah penghidupan.

Salam sayang buat kenalanku yang aku kenali. Rindu itu satu anugerah bila kita sudah tiada. Air mata yang menitis menjadikan kita semakin lagi akrab. Doaku pada kalian tidak pernah putus. Hanya satu pintaku, sekiranya aku sudah tiada senyumlah pada blog ini apabila membukanya.

"GROUP MERAPU LA SANGAT"


  Berasa teruja untuk menulis sedikit pengalaman bila group ini ditubuhkan. Pelbagai ragam yang dapat aku perhatikan segala tingkah laku manusia dalam percakapan, penulisan bila di dalam aplikasi telefon pintar "WhatsApp". Inilah kita, tak sama dengan luaran. Ada diantara mereka pendiam di luar, tapi dalam group dialah perancang jalan cerita. 

  Amat indah bila keakraban itu semakin terjalin, di sini dapat kita lihat ada yang merasa bosan tidak akan mencelah. Aku lebih suka menjadi seorang yang meriah dengan idea. Dalam pada masa yang sama aku boleh difinasikan keakraban seseorang insan itu. Hari ini aku jumpa banyak sikap manusia yang tak pernah aku fikirkan. Biarlah ia menjadi satu difinasi untuk diriku sendiri.

  Keikhlasan itu penting dalam menjalinkan sesuatu persahabatan. Jangan kita berkawan dengan seseorang itu dengan ada agenda. Tonjolkan diri kita yang sebenarnya, jangan menjadi seorang manusia yang berpura-pura. Aku boleh menilai siapa kawan, dan siapa lawan.

  Pesanku pada "Group Merapu La Sangat" jadikan persahabatan ini tanpa mencampur adukkan kisah peribadi anda, kerana ia akan mengundang padah suatu hari nanti. Kepada mereka yang cuba berpura-pura menjadi orang lain, serlahkan diri anda, kerana aku amat teliti dalam mengenal apa itu persahabtan yang hakiki atau sebaliknya. Salam sayang dari seorang insan yang jauh dimata tapi dekat dihati.

MANA SATU PILIHAN HATI


Bunyi bising bingitan kota mengejutkan aku dari lamunan, entahlah rasa tidak selesa tinggal di sini, namun memandangkan tugas aku teruskan kerana amanah dengan rasa bertangungjawab, tanpa ada sebarang keluhan.

"Eliana hari ni awak sibuk tak? Aku dah rasa bosan lah dengan suasana begini, mungkin aku belum sesuai lagi " Kalau kau tak ada kerja, leh le temankan aku kejab nak belikan sesuatu pada buah hatiku

" Amboi kau Natasha, buah hati mana pulak ni? setahu aku kau ni, susah lah nak jatuh hati kat mana-mana lelaki kan".

"Oit kau ni, macam lah tak kenal aku, kau ingat aku ni cam kau ke....silih berganti suami. Aku ada kelas aku tau, setakat anak teruna tak nak lah aku."

"Iyelah, yang kau ni pun Natasha, kenapa pulak dengan anak Teruna, dah kau tu tak nak, aku nak kata apa kan...aku ni tak macam kau, kau tu asyik nak cari orang yang sayangkan kau guna kuasa hati. Peliklah... mana ada lelaki cam tu."

Aku mula bermonolog dalam hati, citarasa manusia tu manalah nak sama, sepertimana warna  begitulah kehidupan, mana boleh nak samakan aku dengan warna pilihan dia.

"Weh! dah-dah jangan kau nak kecik hati lak dengan kata-kata aku, aku ni bukan apa kasihanlah kat kau, asyik sangat menyerah pada takdir, cuba kau tengok aku, biarpun aku ni gila-gila cam ni, tapi aku pilih anak terunalah.."

"Eliana boleh aku tanya? kenapa kau pilih anak teruna?

"Bodoh betul soalan kau, anak teruna ni tak ada siapa nak ganggu hidup kita, No Comitment ..." sepatutnya aku yang kena bertanyakan kau, naper kau tak pilih budak pilot tu, sudah handsome, kaya, segala pakej ada pada dia. Aku yang paling teruja tengok dia menunggang motor besar, cair betul iman aku, kenapalah si Azzuwar tu tak pilih aku ye."

"Eliana, citarasa setiap orang tak samalah, aku pilih suami orang bukan sebab harta dia, sebab gerak rasa hati aku, naluri aku, itu yang sebabkan aku rasa satu keserasian. Lagipun aku hidup ni, bukan nak menumpang harta, cuma menumpang kasih. Suami orang pun no comitmen juga. Kau ajer yang bodoh, kah...kah..

"Oit, Mek oi...cuba hang habar kat aku apa yang No. Comitmen?" mana tahu pas ni, aku nak juga ikut jejak kau...cari m.right status suami orang" 

"Eliana, dulu aku kawin, atas dasar pilihan ibuku, iyelah biarpun aku ada kekasih hati, tapi aku perlu berkorban kasih, antara kasih ibu dan kasih kekasih, mestilah aku pilih ibuku, sebab tentu pilihan ini tepat kan, aku tak nak digelar anak derhaka.

" Tapi entahlah Eliana orang yang diharapkan dapat menjagaku, mengasihaniku, rupanya dia jadikan aku satu boneka, biarlah Eliana itu sejarahku. Apa yang aku fikir sekarang, perlu mengembirakan hatiku, pulih kembali hati, semangat jati diri. 

"Jadi atas alasan apa kau nak pilih suami orang? kat sini ramai suami orang tertarik kat kau, iyelah kau tu lembut, sopan, tak macam aku, kasar. Aku tengok kau ni jual mahallah pada mamat-mamat kat sini yang ajak kau keluar makan, dia orang pun suami orang juga, naper kau tak leh buka hati terima orang yang berdekatan dari si m.right kau tu yang jauh dan tak pasti tu?

"Aku kawin bukan utk miliki jasad dia, cukuplah hati dia kalau diizinkan Allah. Bukan kawin untuk nak dapatkan anak, nafsu, harta, cukup dengan ada orang sayang, dan jujur pada kita, paling aku suka kalau jadikan isteri dia kawan terbaik aku. Iyelah aku ni dah tak ada sesiapa pun, sebatang karalah hidupku. Aku rasa seronok hidup dalam keluarga yang hebat macam tu, lagipun aku jauh, tak perlu dia nak balik selalu, sebab sekarang kan dah canggih kan ada telefon pintar.

"Ish , kau ni Natasha, mana lah ada perempuan nak bagi suami dia kawin lagi,?

"Takpe, aku tak kisah, sebab hidup ni bukan untuk sakiti hati sesiapa kan, cuma kita perlu jujur pada diri kita. Kau lainlah hidup ada mak dan ayah, famili pun ramai, banyak orang sayangkan kau. Aku lain, sebab itu aku kata citarasa kita tak sama.

"Tapi mana m.right kau sekarang ni, puan natasha oii?"

"Oh! M.right aku dia dah pergi naik kapal terbang ke Pulau Muhasabah Diri" 

Kau ni Natasha, inilah kawan yang pelik aku kenali, habis tu kau nak tunggu juga ke dia? Kau tak nak ke kawin ngan si budak Azzuwar yang handsome tu? ihik.

Aku tak rugi pun kalau tak kawin ngan budak pilot tu, kau faham kan maksud aku? Biarlah aku bergini sendirian, bertemankan penulisan, kerjayaku, anak-anak ku. Bukan mudah, untuk memberikan hati pada mana-mana lelaki.

Kebahagiaan adalah terletak ditangan kita, namun kebahagiaan jua datangnya dari kuasa Allah s.wt.. Menjadi penghuni di muka bumi, bukan bermakna menjadi perampas, tapi menumpang sebuah penghidupan atas dasar kasih sayang yang sementara. Terima kasih buat seorang insan yang pernah menjadi dahan untuk aku berpaut seketika dengan menyayangiku, dan merinduiku.

"Natasha dah lewat ni, cepatlah kata nak keluar beli barang kat buah hati pengarang jantung kau tu....."

"Jom..jom nanti merajuk lak buah hati aku yg kat umah tu.... "..




SAYANG AWAK JUGAK






sYUK....Syuk......kahwin juga kita rupanya.....

Laungan Shafikah mengejutkan seorangan lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas Sofa. Lelaki tersebut cuba membulatkan mata memandang Shafikah dengan wajah yang cukup pelik.

Nape dengan  Fikah ni? Saper yang dah kawin?
Terkebil-kebil mata Ashraf memandang riak wajah Syafikah yang dirasakan amat pelik.

Ha...ha takder apalah....Fikah tengah mengarang kisah abang dengan Fikah untuk tatapan pembaca blog Fikah.

"Alahai, macam-macam lah isteri abang ni, ada-ada ajer kejutan di waktu petang macam ni". Fikah abang nak tanya ni, Cuti sekolah ni, Fikah nak kemana?

"Fikah rasa, nak cuti dalam rumah lah, abang pulak nak kemana?".

"Jom, ikut abang balik Kelantan nak tak? atau Fikah masih marahkan abang?"

"Tak ader pun nak marahkan abang, cuma rasa tak sesuai lah nak mengeruhkan lagi keadaan, lagipun Fikah rasa abang dah terlalu baik untuk Fikah.

"Fikah...ayat tu macam perli tau, apa yang baiknya abang ni Shafikah oii". Ashraf cuba mencuit pinggang isterinya, dah lama dia tak bergurau dengan kekasih hati , pengarang jantung. Terlalu lama Ashraf membiarkan Fikah hidup berseorangan. Rasanya dah tiba masa untuk membuat isterinya dilayan sebagai seorang permaisuri.

"Eh ! abang ni geli lah, janganlah ganggu Fikah nak menulis ni. Abang dah ada depan mata, macam ni pun Fikah dah rasa bahagia. Bukan Fikah tak nak balik Kelantan, tapi abang kena ingat kedudukan Fikah sebagai Isteri kedua abang. Lagipun Kakak masih belum dapat menerima Fikah sehingga hari ini. 

" Biarlah Fikah, abang dah bersedia menerima takdir ini, abang rasakan tidak adil untuk hidup Fikah. Fikah ibarat hidup dalam Penjara Istana ciptaan abang." Asyraf cuba menyakinkan Fikah untuk pulang ke Kelantan berjumpa dengan kedua ibu bapanya yang sangat menyayangi Fikah.

Biarpun Shafikah isteri ke dua Asyraf, tapi sikap Syafikah  sangat matang dalam merencanakan hidup meniti kehidupan berjauhan dengan suaminya sendiri. Nama Syafikah Janatul Ain memang sesuai dengan watak yang dimiliki oleh empunya diri. Adakah ini adil bagi seorang isteri yang amat setia bersamanya berbanding isteri pertamanya yang selalu mencurigai. Curigalah membuatkan diri Asyraf kembali menguntum kasih bersama orang lain.

"Syuk....Syuk apa yang dimenungkan tu?" Itulah panggilan dari mula berkenalan dengan Asyraf sehinggalah sekarang , ayat tu sering meniti dibibir Fikah, kata Fikah Syuk tu panggilan sayang untuk dirinya.

Sikap Fikah memang melucukan, memang bertuah seorang suami memilikinya. Sukar untuk seorang suami mengetahui kesedihan yang dirasai. Mungkin kehidupan Syafikah dilingkungi oleh manusia yang dihimpit masalah, menjadikan dia seorang isteri yang bijak mengolah kehidupan.

"Abang fikirkan Fikah, lagi 4 hari lagi abang akan mula bertugas di Pulau Pinang, semakin berjauhan abang dengan Fikah selepas ini."

" Abang ni, Johor bukannya jauh pun, lagipun kan dah ada Whatapp, Weechat, LINE, Skype, tekonologi dah canggih hari-hari abang boleh tengok Fikah tau". Fikah mencebirkan bibirnya, sambil menepuk tangan suaminya.

"Abang rindukan Fikah tau, mana sama dengan kat dalam skrin tu cik adik oii, kat luar abang boleh sentuh, kalau kat dalam tu, menitik air liurlah tengok Fikah kalau pakai seksi macam ni depan abang." Asyraf sempat menampar punggung isterinya.

"Akak kan dekat dengan abang, jangan lak dok rindu Fikah sangat nanti dapat adik pulak". Fikah mula ketawa, hingga menampakkan lesung pipitnya. 

"Eh dapat adik baguslah, Fikah tak nakal sangat macam sekarang ni, asyik menang jer sekarang ni kalau nak abang." Inilah sikap Fikah yang sering buatkan suasana tu menjadi terisi. Biarpun Fikah sering dipingirkan namun dia sentiasa memberikan semangat, agar lebih utamakan isteri pertama.

"Abang, kalau suatu hari nanti Fikah dah tak ada, abang jangan abaikan kakak ye, kakak tetap isteri terbaik untuk abang, Fikah hanya menumpang kasih abang. Lagipun, Fikah......"

"Naper dengan Fikah ni? Jangan cakap yang bukan-bukan dengan abang boleh tak?

"Emm, maafkan Fikah ye". Serba salah untuk memberitahu Ashraf,Adakah perlu atau tidak untuk berterus terang tentang apa yang aku alami sekarang? Syafikah mula bermonolog sendirian. Perlukah dikhabarkan dalam penulisan ini juga?

Suamiku Sayang

Tinta tidak boleh berbicara
Namun Tinta boleh menyampaikan sesuatu yang amat sukar
Kekadang Tinta menjadikan kita semakin dekat
Namun hari ini Tinta akan buatkan abang akan lebih menyayangiku

Suamiku Sayang

Hari ini dan esok tak akan sama
Tapi abang tetap orang yang sama di hatiku
Jadikan kesempatan hari ini untuk hidup lama disisi abang
Biarpun hari ini, tak akan sama untuk hari mendatang

Suamiku Sayang

Bukan mudah, untuk kita bersama 
Bukan mudah kita membuat keputusan
Bukan mudah kasih ini tercipta
Bukan mudah untuk tiada

Suamiku Sayang

Suatu hari abang akan tahu dimana tinta ini berada
Suatu hari tinta ini akan buatkan abang menanggis
Suatu hari, dan selamanya saya sudah tiada
Maafkan andainya tinta buatkan abang tahu

Salam sayang untuk selamanya merinduimu
Salam kasih di dakapan asmara.

JUJURKAH DIA


Sinopsis : 

Menceritakan seorang wanita yang amat menyintai kekasihnya, namun kekasih yang disayangi telah ditangkap khalwat dengan wanita lain. Wanita tersebut cuba mengalih pandangan agar dapat lupakan kekasihnya. Beliau bertemu dengan seorang dortor, namun ketika menjelang tarikh perkhawinan, kekasih lamanya datang untuk menjalin semula cinta. Wanita tersebut menjadi keliru disinilah bermulanya permainan perasaan. Hatinya menjadi tanda tanya JUJURKAH DIA?

Watak : Ana Farisha seorang perempuan yang setia pada cinta. Percaya pada naluri 
             dengan mencintai hati berbanding jasad. Seorang Wanita yang mudah bersimpati              dan tersepit antara cinta atau kasihan.

             Farish Hakimi lelaki yang taksub tentang cinta, namun tetap lemah dan kurang                  yakin dengan diri sendiri. Seorang lelaki yang sangat romantik.

             Asyraf Qayum lelaki yang naif tentang cinta. Cuba belajar untuk bercinta, tidak 
             pandai bermain kata-kata. Orang yang cukup sabar.


Semoga karya yang bakal ditulis ini dapat dikongsi oleh pembaca yang sentiasa setia bersama blog tejakasih. Sokongan kalian amat dihargai.

"JUJURKAH DIA"


Bunyi bising di gerai makan, membuatkan pemikiranku menerewang, meningatkan aku dengan seseorang insan yang aku rindukan. Ingatanku kepada Farish Hakimi semakin kuat seperti ada kuasa magnet mengarahkan aku mengimbau kembali kenangan bersama dengannya. Alunan lagu dari kumpulan Ukays "Bila Diri Disayangi" diputarkan dalam corong radio membuatkan hatiku semakin tidak keruan . Setiap bait-bait lagu, menjadikan aku semakin lemah dengan kenangan yang telah berlalu.

Terdengar Bisikan Mesra
Kalimah Keramat Bermentera
Bermulanya Siang Berakhir Malamku
Tak Akan ku jemu Memanggil Namamu

Tiada Batasan Waktu
Tiada Tempatmu Tertentu
Digunung di Lembah, Di darat di air
Siapapun Hamba Keikhlasan Doa Keagungan Kasih
Mengubah Takdir

Bila Kusedari Diri Disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru, ku ucap namamu
Terasa diriku kembali Dipadu

Engku Yang Pertama Tiada Akhirnya
Aku Dalam Kegelapan
Engkaulah Cahaya
Izinkan Aku Menumpang Disini
Dibawah Naungan 
Lamunan Kasih dan Sayangmu
Ku Berserah Diri

10 tahun telah berlalu, kisah percintaanku dengan Farish Hakimi. Namun hari ini tanpa aku jangka Farish Hakimi telah menemuiku dipejabat, satu kejutan yang tidak pernah dijangkakan.

"Ana! abang rindukan Ana, boleh beri peluang pada abang untuk berbual dengan Ana? Tolonglah abang merayu pada Ana, sudah lama abang mencari Ana.

Aku kaget untuk berikan sebarang jawapan, aku hanya mampu membalas dengan hanya sekelumit ayat.

"Farish berikan Ana masa untuk berjumpa dengan Farish". Terus aku berlari ke bilik air menanggis untuk melepaskan pertemuan yang tidak diundang.

Aku tidak mampu untuk menatap wajah Farish Hakimi, aku tidak boleh tipu diriku mengatakan tidak mencintanya lagi, Saat ini aku perlu menjaga perasaan seorang lelaki yang telah meletakkan pengharapan padaku iaitu "Asyraf Qayum". Kenapa Farish Hakimi perlu kembali ketika dan saat ini aku membina bahagia?. Asyraf Qayum lelaki yang telah banyak mengajar aku tentang kehidupan yang hakiki bukan fantasi sepertimana aku bersama dengan Farish Hakimi.

"Asyraf Qayum" akan disatukan denganku dalam masa tiga bulan sahaja lagi, kenapa perlu ada derita untuk aku terkenangkan kembali kisah yang telah hampir memadamkan perasaanku untuk mendekati lelaki lain selain Farish Hakimi. Kehadirannya seperti membuka kembali lembaran sejarah yang memanggil diriku untuk mengarang kisah seorang lelaki "JUJURKAH DIA"

"Farish Hakimi banyak memuat hatiku terluka, pemergiannya ke Kota London untuk meneruskan pengajian dalam Jurusan Seni Bina Akitek berakhir tamparan yang hebat. Kesetiaanku selama ini ibarat Pungguk Rindukan Bulan, dan berita yang kuterima seperti petir yang memanah diriku sendiri. Sanggup Farish Hakimi berkahwin dengan wanita yang belajar satu jurusan dengannya "Erna Natasya", nama yang cukup cuak untuk aku mendengarnya.

1 April 2005, tarikh yang cukup keramat sepertimana April Fool begitulah nasib yang aku terima pada hari tersebut.

"Ana, mohon ampun dan maaf, abang telah ditangkap khalwat dengan Erna Natasya. Semua ini dirancang, abang tak penah meniduri Erna Natasya.

Benarkah apa yang kudengar ini? Adakah aku bermimpi.

Farish pulang ke Malaysia tidak beritahu aku, sedangkan aku kekasihnya. Kenapa perlu membawa Erna Natasya sampai ke Hotel? Hatiku semakin bercelaru

" Farish kenapa buat Ana begini? Ana tak pernah melukakan hati Farish walau sebesar kuman sekalipun. Sesaat Farish pergi fikiran Ana, seperti jarum jam yang tak berhenti mengingatkan Farish. Apa Salah Ana?

Ketika itu aku rasakan hidup tidak lagi berguna.................................................................

BERSAMBUNG 

Apa akan jadi untuk episod seterusnya.

EH...TERJUMPA KAWAN LAMA

      Hari ni cukup teruja dapat jumpa kawan lama dari sekolah rendah lagi. Kiranya dah dekat 29 tahun tak jumpa. Tapi aku jenis manusia yang daya ingatan tidak mudah lupa. Terkejut dia bila aku memanggil dengan nama penuh. Seronok juga jumpa kawan lama ni, macam-macam perkara nak tanya. Hari ini fikiranku menerjah waktu aku bergelar pelajar di sekolah rendah. Aku ni diwaktu sekolah rendah jenis "sayang" harta benda. Sekolah dulu, bila bayar yuran akan dibekalkan pensel warna, aku sanggup tak guna pensel warna tersebut sebab "sayang". Jadi dari darjah 1 hingga darjah 6 aku ada 6 koleksi pensel warna yang kesemua tidak digunakan. Tapi sekarang dah tak tahu kemana, kalau ada boleh juga aku hantar gambar buat tatapan para pembaca blog ni.

         Apapun hari ni, telah membuatkan ingatan ku kembali ke zaman kanak-kanakku yang tak mungkin akan kembali lagi. 

JOM....KITA BUAT DUIT SIKIT





      Sedikit sebanyak pakaian yang ada di kedai Online Teja. Sebenarnya hanya sekadar suka-suka sahaja. Minat mula datang bila ramai kenalan cakap harga berpatutan. Teja jual dengan harga penuh "kasih dan sayang". Alhamdulilah sedikit teruja dengan kenalan yang order melalui whatsap dan weechat berbanding dalam blog. Semoga kalian dapat juga menjadikan satu bisnes dengan sebarang produk yang diminati. Sekarang ni, harga barang dah dikenakan SST semula tapi teja ambil barang, untung setakat ikut logik akal jer, yang penting pelanggan puas hati. 
       
Apapun ia buatkan kita lebih yakin, dan tak kisah dengan SST.. ihik... Selamat membeli dan menjamu mata