NIKMAT HIDUP


Hidup ini amat indah kalau kita ada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Semua kita ada prinsip hidup, mustahil kita boleh membawa diri sendiri tanpa ada kekuatan dalaman. Ada banyak perkara yang belum kita laksanakan.

Siapa kita? Dimana Kita Berada? 

Aku tertarik dengan cara perbualan seorang teman iaitu saudara Yasir mengatakan manusia ini ada banyak kategori. Aku bersetuju pendapatnya. 

Mana mungkin, kita boleh mengubah pemikiran setiap manusia. Cuma kita hanya mampu berdoa kawan, ataupun sahabat yang hadir dalam diri kita seorang yang jujur pada percakapan dan tiada terselindung sepertimana ada agenda tersendiri. 

Sepertimana aku, sangat terhibur dengan kaletah mereka tanpa ada rasa tersentuh dihati. Kita hidup bukanlah untuk menongkat langit, apa yang kita ada biarpun ilmu, rezeki sama-samalah kita berkongsi. Bagiku itu hanyalah harta dunia yang tak akan kekal. 

Suatu hari nanti, aku pasti akan mati. Aku berharap blog ini akan menjadi kenang-kenangan buat kawan-kawan yang mengenaliku. Kepada sahabat yang namanya ku paparkan, jadikan ia memori indah yang tak akan wujud lagi selepas ini.

Ya, aku sudah memiliki semuanya dan aku bersedia untuk Allah s.w.t menjemputku bila-bila masa sahaja. Momentum indah bersama kalian akan ku pahatkan didalam hidupku. Begitu juga dengan kenalanku adik Zira yang sentiasa ku pandang manis dihati. Aku mendoakan dia mendapat jodoh yang baik untuk melengkapi sebuah penghidupan 

Jadikan hidup ini satu peluang untuk mencari kebaikan, bukan natijah atau pertualang bahan cerita omongan kosong. Mustahil aku tidak menyebut jurulatih yang sentiasa memberi semangat dalam perjuangan Encik Hamizan dan Muazam yang tak pernah lokek dengan ilmu yang diberikan. Begitu juga Sarjan Ismail yang memeriahkan suasana kehidupan dengan senyuman dan gurauannya mampu buatkan diriku ketawa. Akhir sekali kepada kenalanku Fairus yang masih mencari akan titik noktah sebuah penghidupan.

Salam sayang buat kenalanku yang aku kenali. Rindu itu satu anugerah bila kita sudah tiada. Air mata yang menitis menjadikan kita semakin lagi akrab. Doaku pada kalian tidak pernah putus. Hanya satu pintaku, sekiranya aku sudah tiada senyumlah pada blog ini apabila membukanya.