SAYANG AWAK JUGAK


sYUK....Syuk......kahwin juga kita rupanya.....


Laungan Shafikah mengejutkan seorangan lelaki yang sedang nyenyak tidur di atas Sofa. Lelaki tersebut cuba membulatkan mata memandang Shafikah dengan wajah yang cukup pelik.

Nape dengan  Fikah ni? Saper yang dah kawin?
Terkebil-kebil mata Ashraf memandang riak wajah Syafikah yang dirasakan amat pelik.

Ha...ha takder apalah....Fikah tengah mengarang kisah abang dengan Fikah untuk tatapan pembaca blog Fikah.

"Alahai, macam-macam lah isteri abang ni, ada-ada ajer kejutan di waktu petang macam ni". Fikah abang nak tanya ni, Cuti sekolah ni, Fikah nak kemana?



"Fikah rasa, nak cuti dalam rumah lah, abang pulak nak kemana?".

"Jom, ikut abang balik Kelantan nak tak? atau Fikah masih marahkan abang?"

"Tak ader pun nak marahkan abang, cuma rasa tak sesuai lah nak mengeruhkan lagi keadaan, lagipun Fikah rasa abang dah terlalu baik untuk Fikah.

"Fikah...ayat tu macam perli tau, apa yang baiknya abang ni Shafikah oii". Ashraf cuba mencuit pinggang isterinya, dah lama dia tak bergurau dengan kekasih hati , pengarang jantung. Terlalu lama Ashraf membiarkan Fikah hidup berseorangan. Rasanya dah tiba masa untuk membuat isterinya dilayan sebagai seorang permaisuri.

"Eh ! abang ni geli lah, janganlah ganggu Fikah nak menulis ni. Abang dah ada depan mata, macam ni pun Fikah dah rasa bahagia. Bukan Fikah tak nak balik Kelantan, tapi abang kena ingat kedudukan Fikah sebagai Isteri kedua abang. Lagipun Kakak masih belum dapat menerima Fikah sehingga hari ini. 

" Biarlah Fikah, abang dah bersedia menerima takdir ini, abang rasakan tidak adil untuk hidup Fikah. Fikah ibarat hidup dalam Penjara Istana ciptaan abang." Asyraf cuba menyakinkan Fikah untuk pulang ke Kelantan berjumpa dengan kedua ibu bapanya yang sangat menyayangi Fikah.

Biarpun Shafikah isteri ke dua Asyraf, tapi sikap Syafikah  sangat matang dalam merencanakan hidup meniti kehidupan berjauhan dengan suaminya sendiri. Nama Syafikah Janatul Ain memang sesuai dengan watak yang dimiliki oleh empunya diri. Adakah ini adil bagi seorang isteri yang amat setia bersamanya berbanding isteri pertamanya yang selalu mencurigai. Curigalah membuatkan diri Asyraf kembali menguntum kasih bersama orang lain.

"Syuk....Syuk apa yang dimenungkan tu?" Itulah panggilan dari mula berkenalan dengan Asyraf sehinggalah sekarang , ayat tu sering meniti dibibir Fikah, kata Fikah Syuk tu panggilan sayang untuk dirinya.

Sikap Fikah memang melucukan, memang bertuah seorang suami memilikinya. Sukar untuk seorang suami mengetahui kesedihan yang dirasai. Mungkin kehidupan Syafikah dilingkungi oleh manusia yang dihimpit masalah, menjadikan dia seorang isteri yang bijak mengolah kehidupan.

"Abang fikirkan Fikah, lagi 4 hari lagi abang akan mula bertugas di Pulau Pinang, semakin berjauhan abang dengan Fikah selepas ini."

" Abang ni, Johor bukannya jauh pun, lagipun kan dah ada Whatapp, Weechat, LINE, Skype, tekonologi dah canggih hari-hari abang boleh tengok Fikah tau". Fikah mencebirkan bibirnya, sambil menepuk tangan suaminya.

"Abang rindukan Fikah tau, mana sama dengan kat dalam skrin tu cik adik oii, kat luar abang boleh sentuh, kalau kat dalam tu, menitik air liurlah tengok Fikah kalau pakai seksi macam ni depan abang." Asyraf sempat menampar punggung isterinya.

"Akak kan dekat dengan abang, jangan lak dok rindu Fikah sangat nanti dapat adik pulak". Fikah mula ketawa, hingga menampakkan lesung pipitnya. 

"Eh dapat adik baguslah, Fikah tak nakal sangat macam sekarang ni, asyik menang jer sekarang ni kalau nak abang." Inilah sikap Fikah yang sering buatkan suasana tu menjadi terisi. Biarpun Fikah sering dipingirkan namun dia sentiasa memberikan semangat, agar lebih utamakan isteri pertama.

"Abang, kalau suatu hari nanti Fikah dah tak ada, abang jangan abaikan kakak ye, kakak tetap isteri terbaik untuk abang, Fikah hanya menumpang kasih abang. Lagipun, Fikah......"

"Naper dengan Fikah ni? Jangan cakap yang bukan-bukan dengan abang boleh tak?

"Emm, maafkan Fikah ye". Serba salah untuk memberitahu Ashraf,Adakah perlu atau tidak untuk berterus terang tentang apa yang aku alami sekarang? Syafikah mula bermonolog sendirian. Perlukah dikhabarkan dalam penulisan ini juga?

Suamiku Sayang

Tinta tidak boleh berbicara
Namun Tinta boleh menyampaikan sesuatu yang amat sukar
Kekadang Tinta menjadikan kita semakin dekat
Namun hari ini Tinta akan buatkan abang akan lebih menyayangiku

Suamiku Sayang

Hari ini dan esok tak akan sama
Tapi abang tetap orang yang sama di hatiku
Jadikan kesempatan hari ini untuk hidup lama disisi abang
Biarpun hari ini, tak akan sama untuk hari mendatang

Suamiku Sayang

Bukan mudah, untuk kita bersama 
Bukan mudah kita membuat keputusan
Bukan mudah kasih ini tercipta
Bukan mudah untuk tiada

Suamiku Sayang

Suatu hari abang akan tahu dimana tinta ini berada
Suatu hari tinta ini akan buatkan abang menanggis
Suatu hari, dan selamanya saya sudah tiada
Maafkan andainya tinta buatkan abang tahu

Salam sayang untuk selamanya merinduimu
Salam kasih di dakapan asmara.

KISAH LELAKI DUDA


Terpandang aku wajah seorang lelaki ini, pada mulanya aku nampak dia begitu garang dengan mukanya yang bengis memberi arahan kepada perajurit seperti kami. Aku cuba melihat, sesuatu yang baik pada dirinya namun masih belum jumpa. Aku masih teringat lagi ayatnya pada semua perajurit.

" Katanya saya tidak suka ada teman hidup, biarlah saya bersendirian." Dalam hati aku masa tu berkata seseorang "Sampai bilalah dia nak berseorangan, jangan ego pada diri sendiri nanti akan menjerat perasaan.

"Kamu tahu, kahwin ni menyusahkan tau, baik duduk seseorang macam ni, tak ada saper nak kacau kita. Kalau kita kahwin, orang pompuan ni, dia banyak kerenah. "Aku cuma tersenyum, mungkin dia ingin meluahkan apa yang dia rasa,biarlah dia nak berkata-kata.

Bermulalah ayat itulah menyebabkan mindaku seperti mengumpulkan sesuatu dan berminat untuk menulis tentangnya. Dia tidak tahu aku ini merupakan seorang penulis tak bertauliah.

Hari itu, aku ditugaskan untuk sama-sama mengatur dewan, masa inilah aku baru tahu dia siapa sebenarnya. Oh begini rupanya sikap dia, hatiku mula mengomel seseorang. Seseorang yang ada kesenian, pandai menghias dewan, ada kesabaran dan apa yang ku lihat dia akan habiskan kerja dia mengikut arahan yang dikeluarkan kepadanya.

Akhirnya tanpa disangka dia menjalinkan cinta dengan seorang budak dari Platun 1, bukan main caring, daring, semuanya dapat dilihat. Inilah dinamakan kuasa cinta pada manusia, kita tidak mampu menipu hati sendiri.  Allah s.w.t menjadikan setiap yang diciptanya ada pasangannya.

Semakin Hari duda yang ku gelar Mr Right menampakkan keceriaan, wajahnya yang dulu persis bab singa kini dah jinak seperti kucing dan sering mengusik hati perajurit seperti kami ada sahaja pembelanjarannya membuat kami ketawa.