RAJUKNYA HATI LELAKI


Lelaki egonya persis bak singa, namun sejauh mana ego lelaki dia tetap manusia biasa yang mempunya hati. Hati lelaki tidak mudah dapat dilentur sekiranya kita memaksa. Setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri. Gerak geri mereka dapat kita tahu, sekiranya kita telah mendekati mereka.

Lelaki

Hadirmu sangat istimewa, namun tidak semua kehadiran mereka mengembirakan. Adakala kehadiran mereka menyakitkan. Namun apa yang ku tahu tidak semua lelaki begitu. Bukan mudah seorang lelaki membuang ego mereka. Sukar kita melihat lelaki menumpahkan air mata mereka, mungkin disini kita dapat melihat keegoaan mereka.

Lelaki

Sedih mereka, hanya disimpan di dalam hati, mungkin cara ini dapat menjadikan mereka lebih matang. Terasa janggal kalau kita melihat air mata lelaki, tiada lagi keegoaan mereka. Lelaki yang ego ada nilai komesialnya. Namun biarlah egonya bertempat.

Lelaki

Seegomanapun lelaki mereka tetap akan menumpahkan air mata mereka. Tanpa kita sedari, mereka dalam keadaan tertekan, dan pandai menyembunyikan perasan. Mereka juga mencari-cari hasrat yg tersembunyi dihati. Persoalannya adakah mereka pandai merajuk? Sukar kita lihat lelaki merajuk. Lelaki yg merajuk disimpulkan sebagai lelaki yg amat sentimental, tapi hanya org yg tertentu sahaja yang dapat menilainya.

Lelaki 

Bukan mudah untuk memikat hati lelaki, mereka amat meneliti soal pasangan. Apapun semuanya terletak pada seorang lelaki yang amat menghormati dan menghargai hati seorang wanita.

PILIHAN HIDUP


Jika ku dapat putarkan kembali putaran waktu, ingin ku katakan dia bukan jodohku. Kenapa ibuku begitu naïf mengenali seorang lelaki seperti ini. Apakah salahku hingga mendapat jodoh seperti begini. Aku juga manusia biasa yang impikan sebuah kebahagiaan. Dimana silapkah aku ketika ini. Aku tidak salahkan Allah s.w.t, tapi aku salahkan diri sendiri kerana dia pandai menjadi pelakon untuk orang lain mengkagumi dirinya, dari mulanya hatiku telah berdetik dia bukan lelaki yang baik. Apa salahku dalam hidup ini? Aku impikan seorang lelaki yang memahami hidupku, berikan kasih dan sayang

Terduduk aku binggung memikirkan sampai bila aku terus begini. Menagih kasih pada orang yang tak sudi. Hina sangatkah aku ..Ya Allah. Begitu perit disiksa dengan perasaan, walaupun ku cuba pejamkan mata untuk lupakan semua ini. Aku semakin tidak kuat untuk lalui kehidupan ini. Semakin hari aku semakin tawar untuk meneruskan kehidupan ini.Ya..Allah berikan peluang aku mencari kehidupan sendiri. Apa yang perlu aku lakukan, aku buntu dengan nasibku. Sekiranya tiada kesudahan, kau ambillah nyawaku sebagai penganti sebuah kebahagian. Insyaalah aku bersedia dan redha atas ketetapan hidup ini.


Hasil Nukilan : Bunga Teratai
29/11/2011 (Selasa)
8.30 malam