Jika ku dapat putarkan kembali
putaran waktu, ingin ku katakan dia bukan jodohku. Kenapa ibuku begitu naïf
mengenali seorang lelaki seperti ini. Apakah salahku hingga mendapat jodoh
seperti begini. Aku juga manusia biasa yang impikan sebuah kebahagiaan. Dimana
silapkah aku ketika ini. Aku tidak salahkan Allah s.w.t,
tapi aku salahkan diri sendiri kerana dia pandai menjadi pelakon untuk orang
lain mengkagumi dirinya, dari mulanya hatiku telah berdetik dia bukan lelaki
yang baik. Apa salahku dalam hidup ini? Aku impikan seorang lelaki yang
memahami hidupku, berikan kasih dan sayang
Terduduk aku binggung memikirkan
sampai bila aku terus begini. Menagih kasih pada orang yang tak sudi. Hina
sangatkah aku ..Ya Allah. Begitu perit disiksa dengan perasaan, walaupun ku
cuba pejamkan mata untuk lupakan semua ini. Aku semakin tidak kuat untuk lalui
kehidupan ini. Semakin hari aku semakin tawar untuk meneruskan kehidupan ini.Ya..Allah berikan peluang aku
mencari kehidupan sendiri. Apa yang perlu aku lakukan, aku buntu dengan
nasibku. Sekiranya tiada kesudahan, kau ambillah nyawaku sebagai penganti
sebuah kebahagian. Insyaalah aku bersedia dan redha atas ketetapan hidup ini.
Hasil Nukilan : Bunga Teratai
29/11/2011 (Selasa)
8.30 malam