TERUS MENGEJAR IMPIAN

Impian seorang Putri yang keseorangan, akhirnya bertemu dengan seorang Putra yang dapat menakluki hatinya. Satu perkara yang tidak dijangka oleh Putri. Kini mereka telah bersama dalam ikatan yang sah. Sebahagian kisah penulisan dari " Jejak Cinta"

    Tahniah Putri Syikah, dapat juga ekk kau kahwin dengan lelaki idaman kau. Sebagaimana mana yang kau nak semua dah dapat Syikah....

Syikah....diberi gelaran Putri, yang suka tersenyum dan akan buat orang lain ketawa. Syikah sering menulis dalam karya cintanya. Kekadang buat aku tersenyum membaca garapannya. Amat puitis dan penuh momentum kehidupan. Aku tertarik dengan bait-bait penulisan dalam puisi Syikah.

Impian bukan satu angan-angan
Impian adalah satu cita-cita
Impian bukan untuk dikejar
Impian adalah paksi

Impian bagaimana yang kita nak?

Semua orang ada impian
Semua orang mencari impian
Semua orang mengimpikan impian

Selagi bergelar manusia teruslah mencari paksi

Anda berada di Longtitud?
Anda berada di Mangnitud?

Impian pasti terlaksana bila ada keikhlasan






IYE KE AWAK SABAR?


Kenapa i nak sabar 
dengan sikap you
You tak pernah nak sabar dengan i
Kalau you bersikap macam ni
i akan hilang sabar tau


Itulah sebahagian dari sedutan kisah kita hari ini. Kesabaran sering menjadi topik untuk diri sendiri. Perlukah bersabar? Itulah sebahagian yang sering pengunjung blogku mengajukan soalan?

Sabar ni, kita ibarat seperti satu cabaran untuk diri kita
Sabar ni, melihat kematangan diri kita
Sabar ni, menilai diri sendiri

Bagaimana kita nak bersabar?

Tanya diri kita, apa yang kita nak? 

Kalau kita letakkan bahagia di hadapan, kita abaikan perkara remeh
kita cari peluang 
kita jadikan diri lebih berjaya
kita kemaskini diri sendiri

Apa perlu kita buat?

Dekatkan diri pada yang Maha Pencipta
Buat senarai tentang diri sendiri
Majukan diri dalam kerjaya
Tampilkan akhlak diri

Kalau kita asyik dengan sikap yang sama, maka kita akan ditakuk yang sama. Apa kata hari ini kita yakin pada diri, dan jadi diri sendiri yang ada nilainya.



KASIH TIDAK BERNOKTAH


Siapa perlu dipersalahkan kiranya hati telah ditembusi oleh seseorang yang ada rasa kasih dan sayang. Salahkan sayang itu berpaut pada hakikat yang sebenarnya, bukan direalisasikan oleh sang pujangga. Manusia bijak menunding kesalahan orang lain, tetapi apabila dirinya terperangkap oleh hati, maka kekeliruan akan timbul. 

Adakah kita yang merancang semua ini?. Atau ada sesuatu yang kita belum sedar?

Inilah yang berlaku dalam karyaku kali ini. Biarlah karya ini ada nilai value yang tersendiri, agar tidak membosankan pembaca blogku yang ada antaranya menjadi peminat setia. Biarlah ku mulakan kisah yang kalian mahukan "KASIH TIDAK BERNOKTAH"

Ana Farisha gadis yang amat periang orangnya, tekala orang lain berduka dialah yang akan memeriahkan suasana dengan senda guraunya, sikap inilah membuatkan seorang insan yang jauh cuba memerhatikan tingkah lakunya tanpa disedari. "Firash Hakimi" lelaki yang meminati Ana Farisha dalam diam. Akhirnya kasih yang diberikan telah disambut dalam keadaan sangsi. "Ana Farisha" menjadi keliru, kenapa dirinya? sedangkan masih ada wanita yang lebih baik dari dirinya.

" Firash kenapa ada kasih pada Ana? Ana rasa tidak layak untuk Firash pilih Ana dalam menerima kasih Firash pada Ana"

" Abg sayang Ana, dan Abg perlukan kehadiran Ana untuk menemani kehidupan abg disaat ini.

"Ana...... keliru, tapi Firash kan tahu "Kasih ini tidak Bernoktah. Ana tak nak antara kita menjadi musuh suatu hari nanti. Ana harap Firash faham apa yang Ana dah rasa sekarang."

"Abg nak Ana jujur dengan abg, abg tahu Ana dah tipu diri Ana sebenarnya."

Sukar untuk Ana Farisha memberi keputusan yang akan membuatkan banyak insan yang akan terluka. Bukan Mudah untuk satu jawapan ya atau tidak. Sebolehnya biarlah dia sahaja terluka, tidak perlu mengheret insan yang banyak memperjuangkan dirinya demi sebuah kasih.

" Firash! Ana tak nak kecewakan sesiapa, benar ada kasih pada Firash tapi Ana perlu korbankan rasa itu demi bahagia Firash". Hanya itu yang mampu Ana Farisha katakan biarpun sedih, menahan sebak di hati.

Firash Hakimi lelaki yang amat penyayang, jiwanya amat tersentuh dengan titik tolak kehidupan. Itulah lelaki yang amat didambakan mana-mana wanita yang mahu diberi perhatian. Perlukah Ana Farisha jujur pada diri sendiri? 

" Maafkan Abg, kalau Ana marahkan luahan hati abg, tapi abg jujur pada diri tak macam Ana yang masih boleh memendam rasa pada abg".

" Firash tak salah dalam hal ini, Ana yang salah. Maafkan Ana kerna berselindung  disebalik apa yang Firash rasakan. Ana akur kasih itu milik Firash.

Perasaan sayang bukan boleh dijual beli, ia lahir dari hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang paksaan. Bukan salah untuk meluahkan rasa itu, luahan hati buat kita sedar akan ada insan yang masih perlukan kita dalam meneruskan sebuah kehidupan yang disinari dengan kebahagiaan. 

Duhai insan 
Janganlah engkau mengeluh
Duhai Insan
Janganlah kau merintih

Bukan Aku mengeluh
Dan juga merintih
Tak ada salahnya diriku ini
mengenang dirimu sayang

Inilah sebahagian bait lagu nyayian D'lloyd " Keluhan dan Rintihan" yang sering menjadi ingatanku padanya. Lengokkan bahasa yang disampaikan amat mendalam untuk difahami.

..................................bersambung.......................................


WAJARKAH AKU?




    Bagaimana perlu ku mulakan? Bukan mudah untuk aku membuat satu keputusan yang akan melukakan hati seorang insan yang amat aku sayangi. Kekadang hatiku menjadi keliru. Masihkah ada sayang pada wanita itu? 

   Sudah 8 tahun kisah ini berlalu, namun hatiku masih mengatakan cintaku ini adalah untuknya. Kerana keegoanku, akhirnya aku perlu terima hakikat, dia bukan tercipta untukku. Aku masih lagi simpan puisi yang dituliskan untukku dan lagu inilah menjadikan ingatanku kembali akur pada kasih sayangnya.

Sayangku Asyraf

Tekala dirimu sudah tiada
Tekala itu aku juga sudah tiada dalam dirimu

Rinduku padamu, pasti akan berganti
Namun aku akur dengan takdir ilahi
Dirimu adalah sebahagian dari jasadku

Katamu Takdir boleh diubah
Kataku Takdir buatku untuk menyintaimu selamanya

Pergilah tinggakan diriku
Pergilah tinggalkan cintamu
Pergilah jangan ada rindu dan kasih
Pergilah dari kamus hidupku

Suatu hari nanti kau pasti akan merasai
Apa itu makna sayang....


Itulah sebahagian puisi terakhir yang kuterima darinya. Biarpun ku tahu, apa yang dirasainya, namun untuk apa dikenang kembali. Sejarah tetap ada, begitu juga dengan kisah hidupku yang masih lagi mencari akan makna kehidupan sebenar.

ASYRAF QAYUMM

NIKMAT HIDUP


Hidup ini amat indah kalau kita ada rasa tanggungjawab pada diri sendiri. Semua kita ada prinsip hidup, mustahil kita boleh membawa diri sendiri tanpa ada kekuatan dalaman. Ada banyak perkara yang belum kita laksanakan.

Siapa kita? Dimana Kita Berada? 

Aku tertarik dengan cara perbualan seorang teman iaitu saudara Yasir mengatakan manusia ini ada banyak kategori. Aku bersetuju pendapatnya. 

Mana mungkin, kita boleh mengubah pemikiran setiap manusia. Cuma kita hanya mampu berdoa kawan, ataupun sahabat yang hadir dalam diri kita seorang yang jujur pada percakapan dan tiada terselindung sepertimana ada agenda tersendiri. 

Sepertimana aku, sangat terhibur dengan kaletah mereka tanpa ada rasa tersentuh dihati. Kita hidup bukanlah untuk menongkat langit, apa yang kita ada biarpun ilmu, rezeki sama-samalah kita berkongsi. Bagiku itu hanyalah harta dunia yang tak akan kekal. 

Suatu hari nanti, aku pasti akan mati. Aku berharap blog ini akan menjadi kenang-kenangan buat kawan-kawan yang mengenaliku. Kepada sahabat yang namanya ku paparkan, jadikan ia memori indah yang tak akan wujud lagi selepas ini.

Ya, aku sudah memiliki semuanya dan aku bersedia untuk Allah s.w.t menjemputku bila-bila masa sahaja. Momentum indah bersama kalian akan ku pahatkan didalam hidupku. Begitu juga dengan kenalanku adik Zira yang sentiasa ku pandang manis dihati. Aku mendoakan dia mendapat jodoh yang baik untuk melengkapi sebuah penghidupan 

Jadikan hidup ini satu peluang untuk mencari kebaikan, bukan natijah atau pertualang bahan cerita omongan kosong. Mustahil aku tidak menyebut jurulatih yang sentiasa memberi semangat dalam perjuangan Encik Hamizan dan Muazam yang tak pernah lokek dengan ilmu yang diberikan. Begitu juga Sarjan Ismail yang memeriahkan suasana kehidupan dengan senyuman dan gurauannya mampu buatkan diriku ketawa. Akhir sekali kepada kenalanku Fairus yang masih mencari akan titik noktah sebuah penghidupan.

Salam sayang buat kenalanku yang aku kenali. Rindu itu satu anugerah bila kita sudah tiada. Air mata yang menitis menjadikan kita semakin lagi akrab. Doaku pada kalian tidak pernah putus. Hanya satu pintaku, sekiranya aku sudah tiada senyumlah pada blog ini apabila membukanya.

"GROUP MERAPU LA SANGAT"


  Berasa teruja untuk menulis sedikit pengalaman bila group ini ditubuhkan. Pelbagai ragam yang dapat aku perhatikan segala tingkah laku manusia dalam percakapan, penulisan bila di dalam aplikasi telefon pintar "WhatsApp". Inilah kita, tak sama dengan luaran. Ada diantara mereka pendiam di luar, tapi dalam group dialah perancang jalan cerita. 

  Amat indah bila keakraban itu semakin terjalin, di sini dapat kita lihat ada yang merasa bosan tidak akan mencelah. Aku lebih suka menjadi seorang yang meriah dengan idea. Dalam pada masa yang sama aku boleh difinasikan keakraban seseorang insan itu. Hari ini aku jumpa banyak sikap manusia yang tak pernah aku fikirkan. Biarlah ia menjadi satu difinasi untuk diriku sendiri.

  Keikhlasan itu penting dalam menjalinkan sesuatu persahabatan. Jangan kita berkawan dengan seseorang itu dengan ada agenda. Tonjolkan diri kita yang sebenarnya, jangan menjadi seorang manusia yang berpura-pura. Aku boleh menilai siapa kawan, dan siapa lawan.

  Pesanku pada "Group Merapu La Sangat" jadikan persahabatan ini tanpa mencampur adukkan kisah peribadi anda, kerana ia akan mengundang padah suatu hari nanti. Kepada mereka yang cuba berpura-pura menjadi orang lain, serlahkan diri anda, kerana aku amat teliti dalam mengenal apa itu persahabtan yang hakiki atau sebaliknya. Salam sayang dari seorang insan yang jauh dimata tapi dekat dihati.