KASIH TIDAK BERNOKTAH


Siapa perlu dipersalahkan kiranya hati telah ditembusi oleh seseorang yang ada rasa kasih dan sayang. Salahkan sayang itu berpaut pada hakikat yang sebenarnya, bukan direalisasikan oleh sang pujangga. Manusia bijak menunding kesalahan orang lain, tetapi apabila dirinya terperangkap oleh hati, maka kekeliruan akan timbul. 

Adakah kita yang merancang semua ini?. Atau ada sesuatu yang kita belum sedar?

Inilah yang berlaku dalam karyaku kali ini. Biarlah karya ini ada nilai value yang tersendiri, agar tidak membosankan pembaca blogku yang ada antaranya menjadi peminat setia. Biarlah ku mulakan kisah yang kalian mahukan "KASIH TIDAK BERNOKTAH"

Ana Farisha gadis yang amat periang orangnya, tekala orang lain berduka dialah yang akan memeriahkan suasana dengan senda guraunya, sikap inilah membuatkan seorang insan yang jauh cuba memerhatikan tingkah lakunya tanpa disedari. "Firash Hakimi" lelaki yang meminati Ana Farisha dalam diam. Akhirnya kasih yang diberikan telah disambut dalam keadaan sangsi. "Ana Farisha" menjadi keliru, kenapa dirinya? sedangkan masih ada wanita yang lebih baik dari dirinya.

" Firash kenapa ada kasih pada Ana? Ana rasa tidak layak untuk Firash pilih Ana dalam menerima kasih Firash pada Ana"

" Abg sayang Ana, dan Abg perlukan kehadiran Ana untuk menemani kehidupan abg disaat ini.

"Ana...... keliru, tapi Firash kan tahu "Kasih ini tidak Bernoktah. Ana tak nak antara kita menjadi musuh suatu hari nanti. Ana harap Firash faham apa yang Ana dah rasa sekarang."

"Abg nak Ana jujur dengan abg, abg tahu Ana dah tipu diri Ana sebenarnya."

Sukar untuk Ana Farisha memberi keputusan yang akan membuatkan banyak insan yang akan terluka. Bukan Mudah untuk satu jawapan ya atau tidak. Sebolehnya biarlah dia sahaja terluka, tidak perlu mengheret insan yang banyak memperjuangkan dirinya demi sebuah kasih.

" Firash! Ana tak nak kecewakan sesiapa, benar ada kasih pada Firash tapi Ana perlu korbankan rasa itu demi bahagia Firash". Hanya itu yang mampu Ana Farisha katakan biarpun sedih, menahan sebak di hati.

Firash Hakimi lelaki yang amat penyayang, jiwanya amat tersentuh dengan titik tolak kehidupan. Itulah lelaki yang amat didambakan mana-mana wanita yang mahu diberi perhatian. Perlukah Ana Farisha jujur pada diri sendiri? 

" Maafkan Abg, kalau Ana marahkan luahan hati abg, tapi abg jujur pada diri tak macam Ana yang masih boleh memendam rasa pada abg".

" Firash tak salah dalam hal ini, Ana yang salah. Maafkan Ana kerna berselindung  disebalik apa yang Firash rasakan. Ana akur kasih itu milik Firash.

Perasaan sayang bukan boleh dijual beli, ia lahir dari hati yang tulus ikhlas tanpa sebarang paksaan. Bukan salah untuk meluahkan rasa itu, luahan hati buat kita sedar akan ada insan yang masih perlukan kita dalam meneruskan sebuah kehidupan yang disinari dengan kebahagiaan. 

Duhai insan 
Janganlah engkau mengeluh
Duhai Insan
Janganlah kau merintih

Bukan Aku mengeluh
Dan juga merintih
Tak ada salahnya diriku ini
mengenang dirimu sayang

Inilah sebahagian bait lagu nyayian D'lloyd " Keluhan dan Rintihan" yang sering menjadi ingatanku padanya. Lengokkan bahasa yang disampaikan amat mendalam untuk difahami.

..................................bersambung.......................................