Bagaimana perlu ku mulakan? Bukan mudah untuk aku membuat satu keputusan yang akan melukakan hati seorang insan yang amat aku sayangi. Kekadang hatiku menjadi keliru. Masihkah ada sayang pada wanita itu?
Sudah 8 tahun kisah ini berlalu, namun hatiku masih mengatakan cintaku ini adalah untuknya. Kerana keegoanku, akhirnya aku perlu terima hakikat, dia bukan tercipta untukku. Aku masih lagi simpan puisi yang dituliskan untukku dan lagu inilah menjadikan ingatanku kembali akur pada kasih sayangnya.
Sayangku Asyraf
Tekala dirimu sudah tiada
Tekala itu aku juga sudah tiada dalam dirimu
Rinduku padamu, pasti akan berganti
Namun aku akur dengan takdir ilahi
Dirimu adalah sebahagian dari jasadku
Katamu Takdir boleh diubah
Kataku Takdir buatku untuk menyintaimu selamanya
Pergilah tinggakan diriku
Pergilah tinggalkan cintamu
Pergilah jangan ada rindu dan kasih
Pergilah dari kamus hidupku
Suatu hari nanti kau pasti akan merasai
Apa itu makna sayang....
Itulah sebahagian puisi terakhir yang kuterima darinya. Biarpun ku tahu, apa yang dirasainya, namun untuk apa dikenang kembali. Sejarah tetap ada, begitu juga dengan kisah hidupku yang masih lagi mencari akan makna kehidupan sebenar.