Pagi ni, untuk ketempat kerja pelbagai halangan yang kutempuhi. Paling sadis tengok mayat dibawah lori simen. Tak tergamak nak melihat, namun hatiku tetap mengatakan palinglah sekelip mata. Waktu itu polis sudah sibuk mengawal lalu lintas. Semoga keluarganya sabar menerima takdir Allah.
Sepanjang perjalanan hati ku semakin tak keruan, memikirkan masa, iyelah untuk hantar anak sekolah lagi. Inilah aku manusia yang sering sibuk dengan kerja. Tapi aku gembira dengan hidupku, terasa sentiasa berada dikalangan orang yang diperlukan. Aku wanita yang cukup sinonim dengan nama "Ana Farisha".
Kenapa hatiku semakin resah dan tidak tenteram, itu yang aku persoalan macam ada sesuatu yg aku akan temui. Aku harap perjalanan aku ketempat kerja berjalan dengan lancar. Aku cuba lupakan sebentar, kematian yang tragik tadi. Fikiranku mula melayang untuk membuat "Video" nyanyian ku sendiri.
"umi jangan lupa belikan Afkar nasi lemak ayam, kuih pau" .Jeritan anakku dalam kereta mengejutkan aku dari lamunan.
"Terima kasih! sebab ingatkan umi, sampai jer kedai makcik comey tu, umi belikan". Afkar jangan tidur dalam kereta, siap sedia pakai kasut sekolah, hari ni kita memang dah lewat.
"Yelah umi, Afkar terima arahan". Tersenyum aku, macam dalam tentera lak.
Pagi yang cukup sibuk, akhirnya sampai juga anak aku kesekolah. Pelbagai ragam jumpa kalau hantar anak sekolah lewat ni, ada yang si ayah lupa nak bagi duit.
Pagi yang cukup sibuk, akhirnya sampai juga anak aku kesekolah. Pelbagai ragam jumpa kalau hantar anak sekolah lewat ni, ada yang si ayah lupa nak bagi duit.