EMOSI POLITIK

Bila zaman semakin canggih, diharap pemikiran kita semakin menerobos kehadapan. Tapi apabila terlalu fanatik dengan sesuatu parti, fikiran dirasakan terlalu bijak untuk berhujah. Ibarat seperti dia lah orang yang bagus di arena medan politik.

    Apabila kita membuat group, terutama dalam whatsapp jadilah orang yang neutral tak perlu nak perkatakan itu salah ini salah. Orang yang mengikuti group ada pelbagai jenis sikap. Aku kurang setuju dengan orang yang terlalu taksub sedemikian rupa. Bagi aku jadilah seorang yang bijak mengawal emosi, disitu kita dapat lihat keperibadiannya.

     Zaman sudah berubah, memasing ada hak untuk bersuara dan bertanya pendapat. Jadi kepada mereka yang terlalu meroyan sangat pasai parti, berilah kebebasan untuk orang bersuara, jangan memaksa orang mengikuti cara kita. Barulah langkah akan seiringan.