KEHILANGAN



Sejujurnya ku tak bisa
Hidup Tanpa Ada Kamu Aku Gila

......................................................

Tidak perlu jadi gila,kerana kegilaan itu akan buat diri kamu merana
Cukuplah jadikan ia lipatan sejarah.
Kekuatan seorang manusia bukan terletak pada jasadnya
Tetapi kepada akal dan fikirannya.

Jadilah manusia yang tahu paksinya

LAYANG-LAYANG TERPUTUS TALINYA




Berarak mendung kelabu
mengekori langkahku
sepanjang kehidupan
penuh dugaan
namun aku tetap akur

Ku cuba dan terus mencuba
mencapai suria
walau membakar jiwa
walau aku dihina
namun aku tetap akur

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri

Namun indah mimpi dari realiti
hidupku tanpa arah
bagaikan layang-layang
terputus talinya

Derita oh derita
engkau dimana-mana
walaupun jauh aku lari
mahupun berdiam diri
namun indah mimpi dari realiti
tapi pasti di suatu hari
nanti sinar suriakan menjelma...

...................................................................................................................................................

Senikata bait-bait lagu ini amat menusuk di kalbuku. Begitulah dengan diriku bukan manusia yang sempurna. Namun itulah aku tetap aku. Sekiranya ditakdirkan bersamanya aku tidak mahu dihina. Aku ingin orang bahagia, tentang diriku biarlah layang-layang terputus talinya. Hakikat gerak rasa pada seseorang adalah dari kuasa Allah. sw.t. Biar air mata mengalir demi dirinya bahagia. 

Kehadirannya sedikit sebanyak membuatkan aku mampu tersenyum sepertimana Lagu Pelangi Petang nyanyian Allahyarham Sudirman Haji Arsyad, itulah diriku. 

Hidup dibesarkan dirumah Anak Yatim amat cukup mengajar aku erti hidup. Apabila ada insan lain menghina aku mengatakan aku "Perempuan Murahan" air mata mengalir kerna bukan kehendak aku ada perasaan sayang pada lelaki yang pernah dia sayangi. Percayalah perasaan sayang bukan boleh dipaksa-paksa.

Mungkin itulah diriku amat ego dengan kasih sayang. Bukan mudah seorang lelaki mampu mencairkan hatiku kerna aku meletakkan lelaki suka mempermainkan perasaan wanita. Akhirnya aku cair dengan kata-kata sayang dan sikap yang ditunjukkan kepadaku. Sungguh ku tak sangka akhirnya aku begitu merinduinya. Dia lelaki berjaya melemahkan keegoaanku. Bagiku sayang pada seseorang perlu lakukan pengorbanan, kerna pengorbanan adalah satu kemenangan untuk dirinya bahagia bersama wanita yang selayaknya bersamanya. Siapa aku? hanya seorang gadis kolot, perempuan yang tiada sebarang harta. Biarpun aku hidup sendirian, tapi aku ada perasaan, biarlah perasaan ini ibarat menongkah arus yang berada didepan ku ini.
 
Aku bukan perempuan bodoh untuk mengambil hak orang lain, namun percayalah hidup ini tidak pernah mahu memiliki hak orang lain. Hakikat hari ini aku berharap dirinya bahagia bersama orang yang terlebih dahulu mencintainya.

APA SYARATNYA



    



Aku tertarik dengan apa yang diluahkan oleh pelajar darjah 2 Sekolah Agama Islam. Hatiku tercuit dengan pelajar ini meletakkan syarat sekiranya ingin memaafkan. Biarpun masih kecil namun anak-anak sudah meletakkan syarat. Syarat kalau dapat keputusan yang baik mesti ada ganjaran. Adakah semua bermula dari kita sebagai ibu bapa?

      Aku masih teringat kata-kata seorang sahabat yang terlalu akrab denganku katanya semua orang pasti meletakan upah, tidak kira upahan berbentuk apa. Aku katakan padanya tidak semua orang mahu upah dengan apa yang kita buat, tetapi telahan dia benar. Upah tidak semestinya wang, mungkin upah dengan perbuatan.

..........................bersambung semula esok................nak balik tidur